Jumaat, 9 Oktober 2015

PETUNJUK SEPANJANG ZAMAN



RM20


PETUNJUK SEPANJANG JALAN

Tahun 1986 / cetakan keempat
Pengarang : Syed Qutb
Penerbit : Penerbit Pena
Hal : 210 m/s
Kondisi : Terpakai. 7/10. Halaman awal, bukan halaman utama hilang. Ada satu halaman  
awal terkoyak sedikit bahagian bawah. Keseluruhan buku dalam keadaan baik.
Whatsapp untuk gambar lengkap.

*** Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Sedikitpun dia tidak takut atau terkejut bila mahkamah khas tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung hingga mati.

“Mati syahid,” katanya perlahan dan sempat pula mengulum senyum kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Itulah As-syahid Syed Qutb yang akhirnya terkulai di tali gantung pada awal tahun 1965, setelah bertahun-tahun berjuang menegakkan kebenaran Allah.

Terlalu tajam penanya ; sehingga pihak pemerintah merasa bimbang dan mengambil tindakan untuk memberhentikannya dari menulis. Maka dalam tahun 1954, Qutb telah ditangkap dan terpaksa merengkok di penjara selama 15 tahun atas tuduhan menyertai komplot untuk membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser.

Petunjuk Sepanjang Zaman adalah salah satu dari buah tangannya yang berani. Buku dari judul asal 'Ma’alim Fi-Ttariq' ini, mendedahkan segala kepincangan yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, gejala-gejala yang boleh meruntuhkan umat dan berbagai penyelewengan yang amat bertentangan dengan landasan Allah.

Kandungan :

1.Ringkasan Riwayat Hidup Syed Qutb
2.Petunjuk Sepanjang Zaman
3.Generasi Al-Quran yang Unik
4.Tabiat Program Al-Quran
5.Masyarakat Islam - Pertumbuhan dan Ciri-Cirinya
6.Jihad di Jalan ALLAH
7.Lailahaillallah Panduan Hidup
8.Undang-Undang Universal
9.Islam Ialah Tamadun
10.Konsep Islam Terhadap Kebudayaan
11.Akidah : Rupabangsa Muslim
12.Jaraknya Jauh
13.Keagungan Iman
14.Inilah Jalannya
15.Sajak Syed Qutb Yang Terakhir

Tiada ulasan: