Isnin, 12 Oktober 2015

NOVEL : ABASSAH - Jarji Zaidan



RM65

NOVEL – ABASSAH

Pengarang : Jarji Zaidan
Tahun 1967 / Cetakan pertama
Penerbit : Pustaka Antara
Hal : 217 m/s
Kondisi : 7/10. Kulit depan hampir tercerai dari halaman utama. Ada tampalan saltape. Tapi semua halaman masih lengkap. Whatsapp untuk gambar lengkap.

Sinopsis :
Dari naskah asal dalam bahasa Arab berjudul Abbasah Ukhtiurrashid terjemahan A.K.Zain.

Buku ini sebuah roman sejarah yang hebat yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rashid dalam kerajaan bani Abbasiah.Ceritanya sudah banyak diterbitkan jadi buku dalam bahasa Arab. Oleh sebab cerita tersebut merupakan salah satu dari kesah yang amat besar pengaruhnya dalan kerajaan Abbasiah, kerana boleh dikatakan dari peristiwa ini maka kerajaan  Abbasiah menjadi lemah, walaupun masih hidup lebih 400 tahun kemudian, maka pengarang Jarji Zaidan, seorang putera Arab berugama kristian, mengadakan kajian mendalam tentang peristiwa ini.

Dalam kajiannya yang teliti itu, Jarji Zaidan banya menemui hal-hal yang tersembunyi baik di sekitar peribadi Khalifah harun Ar-Rasyid dan kerajaan Abbasiah, mahupun sekitar kaum Barmaki dan peribadi Perdana Menteri Jaafar Barmaki. 

Hasil dari penyelidikan dan kajiannya itulah Jarji Zaidan mengarang buku ini dengan judul Abbasah Ukhtiurrasyid atau Abbasah Adinda Harun Al-Rasyid, atau disebut juga runtuhnya kaum Barmaki. Peranan kaum Barmaki dalam pembentukan kerajaan Abbasiah memang terkenal dalam sejarah, hingga merupakan bahan-bahan yang penting untuk dijadikan isi ensiklopedia di seluruh dunia.

Tetapi dengan kekuasaan yang ada pada orang-orang besar kaum Barmaki dalam kerajaan Abbasiah, kekayaan dan pengaruh yang dimiliki oleh kaum Barmaki dalam kerajaan Abbasiah, semuanya hancur musnah termasuk orang-orang Barmaki seluruh nya di Baghdad,.

Rahsia dari peristiwa inilah, dan sebab2 yang menimbulkan peristiwa inilah yang dibongkar dengan hati-hati dan teliti oleh Jarji Zaidan dalam buku ini.     

Tiada ulasan: