Isnin, 12 Oktober 2015

NOVEL : BILUT : Samsuri A. Hamid



RM20

NOVEL - BILUT

Tahun 2007 / Cetakan pertama
Pengarang :  Samsuri A. Hamid
Penerbit :  Arus Intelek
Hal : 218 m/s
Kondisi : Terpakai. 8/10.

**Novel  yang berdasarkan kisah benar di sebuah felda di kawasan pedalaman Pahang pada tahun 1960. Novel ini telah diaptasi ke filem berjudul Lurah Bilut, dilakonkan oleh Khir Rahman, Bront, Rosyam Nor, Shoffi Jikan, Mat Said, Amran topel dan Aqasha.

Sinopsis :
Yusof, satu-satunya anak Felda telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Brussels dalam bidang pentadbiran. Di Brussels, Yusof telah hanyut di alam percintaan dengan seorang gadis bangsawan. Adakah sejarah silam kehidupan ayahnya, Yazid, akan berulang pula pada Yusuf ? Bagaimanakah perasaan ayahnya apabila mengetahui tentang hubungan cintanya?

Sejak dari awal lagi, Yazid telah menyandarkan harapan yang tinggi ke bahu Yusuf untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Dia tidak mahu melihat generasinya terpinggir   dan hidup dalam kesusahan. Kisah suka duka penghidupan yang penuh tragis ini bermula di Felda Lurah Bilut. Berbagai rintangan dan halangan terpaksa dilalui untuk mencapai sebuah impian. Apakah impian Yazid untuk melihat kejayaan Yusof akan berkubur di Lurah Bilut yang diterokainya itu? Adakah segala ini satu dugaan bagi Yusuf?

Tiada ulasan: